TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى يوم الأحد أربع ركعات بتسليمة واحدة يقرا في كل ركعة الحمد، وآمن الرسول، إلى آخرها كتب له ألف حجة وألف عمرة، وألف غزوة، وبكل ركعة ألف صلاة، وجعل بينه وبينه النار ألف خندق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam, dia membaca di setiap rakaat Alhamdulillah (surah al-Fatihah) dan Aamanarrasul (surah al-Baqarah ayat 285) sehingga akhirnya, maka Allah akan menulis baginya pahala 1000 kali haji dan 1000 kali umrah, 1000 kali berperang dan tiap rakaatnya sama dengan 1000 solat, dan akan dibuatkan pemisah antara dia dan neraka sejauh 1000 parit.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 188, hadis nombor 587. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع قبح الله واضعه، وما أجرأه على الله ورسوله.
Palsu, semoga Allah membalas pelakunya dan apa yang dia lakukan terhadap Allah dan RasulNya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.