Sesiapa yang solat malam Sabtu empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من صلى ليلة السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسا وعشرين مرة حرم الله جسده على النار".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat malam Sabtu empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas dua puluh lima kali, Allah mengharamkan jasadnya dari neraka.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 44, hadis nombor 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رَوَاهُ الْجَوْزَقَانِيُّ عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوعًا وَهُوَ مَوْضُوعٌ وَرِجَالُ إِسْنَادِهِ بَيْنَ مَجْهُولٍ وَمَتْرُوكٍ.

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ ( disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu. Perawi-perawinya terdiri daripada perawi yang tidak dikenali dan perawi yang ditinggalkan riwayatnya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs