Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat malam Sabtu empat rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: "من صلى ليلة السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسا وعشرين مرة حرم الله جسده على النار".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat malam Sabtu empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas dua puluh lima kali, Allah mengharamkan jasadnya dari neraka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 44, hadis no. 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رَوَاهُ الْجَوْزَقَانِيُّ عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوعًا وَهُوَ مَوْضُوعٌ وَرِجَالُ إِسْنَادِهِ بَيْنَ مَجْهُولٍ وَمَتْرُوكٍ.

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ ( disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu. Perawi-perawinya terdiri daripada perawi yang tidak dikenali dan perawi yang ditinggalkan riwayatnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.