Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat Maghrib pada malam pertama Rejab

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ صَلَّى الْمَغْرِبَ أَوَّلَ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ ثُمَّ صَلَّى بَعْدَهَا عِشْرِينَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ ركعة بفاتحة الكتاب وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مَرَّةً وَيُسَلِّمُ فِيهِنَّ عَشْرَ تَسْلِيمَاتٍ أَتَدْرُونَ مَا ثَوَابُهُ؟ _ إلخ "

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat Maghrib pada malam pertama Rejab, kemudian solat selepasnya dua puluh rakaat lalu membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali, al-Ikhlas sekali kemudian memberi salam sepuluh kali, adakah kamu tahu pahalanya?..

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 47, hadis no. 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن أنس مرفوعا وهو موضوع وأكثر رواته مجاهيل

Al-Jauzaqani meriwayat daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu. Kebanyakan perawi-perawinya tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.