Sesiapa yang solat fardu atau sunat, hendaklah dia membaca Umm al-Quran (al-Fatihah) dan Quran bersamanya

TEKS BAHASA ARAB

من صلى مكتوبة أو سبحة؛ فليقرأ بأم القرآن، وقرآن معها، فإن انتهى إلى أم القرآن أجزأت عنه، ومن كان مع الإمام؛ فليقرأ قبله، أو إذا سكت، فمن صلى صلاة لم يقرأ فيها [بأم القرآن]، فهي خداج – ثلاثا -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat fardu atau sunat, hendaklah dia membaca Umm al-Quran (al-Fatihah) dan Quran bersamanya. Sekiranya dia berhenti pada bacaan Umm al-Quran sahaja, sudah memadai baginya. Manakala sesiapa yang solat bersama imam, maka bacalah sebelum daripadanya atau apabila dia diam. Kerana sesiapa yang solat tanpa membaca [Umm al-Quran] padanya, maka ia tidak sempurna – (baginda mengulanginya) tiga kali.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 341, hadis nombor 1788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال أن النبي ﷺ خطب الناس فقال: ((مَنْ صَلَّى مَكْتُوبَةً أَو سُبْحَةً؛ فَلْيَقْرَأْ بأُمِّ القُرْآنِ، وَقُرْآنٍ مَعَهَا، فَإِنِ انْتَهَى إِلَى أمِّ القرآنِ أَجْزَأَتْ عَنْهُ، وَمَنْ كَانَ مَعَ الْإِمَامِ؛ فَلْيَقْرأْ قَبْلَه، أَوْ إِذَا سَكَتَ، فَمَنْ صَلَّى صَلَاةً لَم يَقْرَأ فِيهَا [بأمِّ القرآنِ]، فهي خِدَاجٌ – ثلاثاً -)). [عب، ابن الأعربي، البيهقي في ((جزء القراءة))، ((الضعيفة)) (6379)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau mengatakan bahawa Nabi SAW berkhutbah kepada orang ramai lalu bersabda: “Sesiapa yang solat fardu atau sunat, hendaklah dia membaca Umm al-Quran (al-Fatihah) dan Quran bersamanya. Sekiranya dia berhenti pada bacaan Umm al-Quran sahaja, sudah memadai baginya. Manakala sesiapa yang solat bersama imam, maka bacalah sebelum daripadanya atau apabila dia diam. Kerana sesiapa yang solat tanpa membaca [Umm al-Quran] padanya, maka ia tidak sempurna – (baginda mengulanginya) tiga kali. [Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, Ibn al-A‘rabi dalam al-Mu’jam dan al-Bayhaqi dalam Juz’ al-Qira’ah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6379].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs