Sesiapa yang solat dua rakaat dhuha Allah akan menulis seribu seribu pahala untuknya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من صلى ركعتي الضحى كتب الله له ألف ألف حسنة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang solat dua rakaat dhuha Allah akan menulis seribu seribu pahala untuknya”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 36, hadis nombor 81. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الذيل وفي إسناده: نوح بن أبي مريم وضاع كذاب.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: Pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Nuh bin Abi Maryam yang merupakan pendusta dan pereka hadith palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon