Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat dua rakaat dhuha Allah akan menulis seribu seribu pahala untuknya

Teks Bahasa Arab

حديث: "من صلى ركعتي الضحى كتب الله له ألف ألف حسنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang solat dua rakaat dhuha Allah akan menulis seribu seribu pahala untuknya”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 36, hadis no. 81. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل وفي إسناده: نوح بن أبي مريم وضاع كذاب.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: Pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Nuh bin Abi Maryam yang merupakan pendusta dan pereka hadith palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.