Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن صلَّى في مسجِدي أربعينَ صلاةً لايفوتُه صلاةٌ؛ كُتبت له براءةٌ من النَّارِ، و نجاةٌ من العذابِ، و بريء من النِّفاقِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang solat di masjidku sebanyak 40 solat dan dia tidak terlepas walau satu solat pun, akan ditulis baginya pelepasan dari api neraka dan kebebasan dari azab serta kemerdekaan dari kemunafikan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 728, hadis no. 3714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من صلى فى مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة؛ كتبت له براءة من النار، ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق)). [حم، طس، ((الضعيفة)) (364)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang solat di masjidku sebanyak 40 solat dan dia tidak terlepas walau satu solat pun, akan ditulis baginya pelepasan dari api neraka dan kebebasan dari azab serta kemerdekaan dari kemunafikan. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 364]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman