Sesiapa yang solat di masjid Quba’ pada hari Isnin dan Khamis, dia kembali dengan pahala umrah

TEKS BAHASA ARAB

من صلى في مسجد قباء يوم الاثنين والخميس؛ انقلب بأجر عمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat di masjid Quba’ pada hari Isnin dan Khamis, dia kembali dengan pahala umrah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328, hadis nombor 1727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بذكر (اليومين)) عن حارثة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من صلى في مسجد قباء يوم الاثنين والخميس؛ انقلب بأجر عمرة)). [العسكري في ((التصحيفات))، ((الضعيفة)) (5956)].

(Palsu dengan sebutan dua hari ini) Daripada Harithah RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesiapa yang solat di masjid Quba’ pada hari Isnin dan Khamis, dia kembali dengan pahala umrah.” [Riwayat al-‘Askari dalam al-Tashifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5956].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs