Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى فِي مَسْجِدِ قُبَاءٍ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ؛ انْقَلَبَ بِأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang solat di masjid Quba’ pada hari Isnin dan Khamis, dia kembali dengan pahala umrah.
Sahabat Perawi
- Harithah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328, hadis no. 1727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بذكر (اليومين)) عن حارثة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - ﷺ -: ((من صلى في مسجد قباء يوم الاثنين والخميس؛ انقلب بأجر عمرة)). [العسكري في ((التصحيفات))، ((الضعيفة)) (5956)].
(Palsu dengan sebutan dua hari ini) Daripada Harithah RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesiapa yang solat di masjid Quba’ pada hari Isnin dan Khamis, dia kembali dengan pahala umrah.” [Riwayat al-‘Askari dalam al-Tashifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5956].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman