Sesiapa yang solat di malam nifsu Syaaban 300 rakaat dan membaca pada tiap rakaatnya 30 kali (Qul Huwallahu Ahad)

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة النصف من شعبان ثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة ثلاثين مرة {قل هو الله أحد} شفع في عشرة من أهل بيته قد استوجبوا النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat di malam nifsu Syaaban 300 rakaat dan membaca pada tiap rakaatnya 30 kali (Qul Huwallahu Ahad), dia akan diberi syafaat iaitu menyelamatkan 10 orang daripada kalangan ahli keluarganya yang sudah wajib masuk neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 99, hadis nombor 177. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهذه الصلاة وضعت في الإسلام بعد الأربع مئة ونشأت من بيت المقدس فوضع لها عدة أحاديث:…وحديث "من صلى ليلة النصف من شعبان ثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة ثلاثين مرة {قل هو الله أحد} شفع في عشرة من أهل بيته قد استوجبوا النار" وغير ذلك من الأحاديث التي لا يصح منها شيء.

Hadis-hadis ini ternyata jelas dipalsukan dalam Islam setelah 400 tahun dan bermula berkembang di Baitul Maqdis kemudian dipalsukan sejumlah hadis lain lagi…dan hadis lain:
مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانِ ثَلاَثُ مِئَةِ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ ثَلاثِينَ مَرَّةً {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} شَفَّعَ فِي عَشْرَةٍ قَدِ اسْتَوْجَبُوا النَّارَ
"Sesiapa yang solat di malam nifsu Syaaban 300 rakaat dan membaca pada tiap rakaatnya 30 kali (Qul Huwallahu Ahad), dia akan diberi syafaat iaitu menyelamatkan 10 orang daripada kalangan ahli keluarganya yang sudah wajib masuk neraka."

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs