Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى خلف عالم تقي، فكأنما صلى خلف نبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa, maka seolah-olah dia solat di belakang seorang nabi.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis nombor 1882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) «مَنْ صَلَّى خَلْف عَالِمٍ تَقِيٍّ، فَكَأَنَّمَا صَلَّى خَلْف نَبِيٍّ». [«الضعيفة» (573)].

(Tiada Asal Baginya) "Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa, maka seolah-olah dia solat di belakang seorang nabi". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 573].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.