Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى خَلْف عَالِمٍ تَقِيٍّ، فَكَأَنَّمَا صَلَّى خَلْف نَبِيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa, maka seolah-olah dia solat di belakang seorang nabi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis no. 1882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) «مَنْ صَلَّى خَلْف عَالِمٍ تَقِيٍّ، فَكَأَنَّمَا صَلَّى خَلْف نَبِيٍّ». [«الضعيفة» (573)].
(Tiada Asal Baginya) "Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa, maka seolah-olah dia solat di belakang seorang nabi". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 573].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman