Sesiapa yang solat dhuha pada hari jumaat empat rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: "مَنْ صَلَّى الضُّحَى يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَشْرَ مَرَّاتٍ وقل أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَ {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} [عَشْرَ مَرَّاتٍ وَ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ عَشْرَ} مَرَّاتٍ وَ {قل يا أيها الْكَافِرُونَ} عَشْرَ مَرَّاتٍ وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ سَبْعِينَ مَرَّةً ثُمَّ يَقُولُ: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : “Sesiapa yang solat dhuha pada hari Jumaat empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat Alhamdulillah 10 kali, surah al-Falaq 10 kali, surah al-Nas 10 kali, surah al-Ikhlas 10 kali, surah al-Kafirun 10 kali, ayat kursi 10 kali. Apabila telah memberi salam membaca 70 kali tasbih, tahmid dan Lailaha illallah wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billah kemudian menyambung Astagfirullah allazi la ilaha illa hu……..”


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 36, hadis nombor 80. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


وهو: حديث طويل موضوع وفي إسناده: مجاهيل

Ia adalah hadith palsu yang panjang dan pada sanadnya terdapat ramai perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon