Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat dhuha dua rakaat dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا كُتِبَ لَهُ مِائَتَا حَسَنَةٍ وَمُحِيَ عَنْهُ مِائَتَا سَيِّئَةٍ وَرُفِعَ لَهُ مِائَتَا دَرَجَةٍ وَغُفِرَ لَهُ ذُنُوبُهُ كُلُّهَا مَا تَقَدَّمَ وَمَا تَأَخَّرَ إِلا الْقِصَاصَ _ إلخ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat dhuha dua rakaat dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala, ditulis baginya 200 kebaikan, dipadamkan daripadanya 200 keburukan, diangkat untuknya 200 darjat, diampunkan segala dosanya yang terdahulu dan yang akan datang melainkan qisas.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 36, hadis no. 82. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع قال ابن حجر: كذب مختلق وإسناده: مظلم مجهول

Hadith ini palsu, Ibn Hajar berkata: Hadith ini palsu dan direka, pada sanadnya, terdapat perawi yang muzlim dan tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.