TEKS BAHASA ARAB
من أدمن الاختلاف إلى المسجد؛ أصاب أخا مستفادا في الله، وعلما مستطرفا، وكلمة تدله على الهدى، وأخرى تصرفه عن الردى، ورحمة منتظرة، ويترك الذنوب حياء أو خشية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang sering berulang-alik ke masjid, nescaya dia akan menjumpai saudara yang bermanfaat pada (jalan) Allah, ilmu yang berguna, ucapan yang memandunya kepada hidayah dan satu lagi (ucapan) yang menjauhkannya daripada kebinasaan, rahmat yang menunggunya serta dia meninggalkan dosa kerana malu ataupun takut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 340-341, hadis nombor 1786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن –رضي الله عنه- قال: سمعت رسول اللَّهِ ﷺ يقول: ((مَنْ أَدْمَنَ الاخْتِلافَ إِلَى الْمَسْجِدِ؛ أَصَابَ أَخًا مُسْتَفَادًا فِي اللَّهِ، وَعِلْمًا مُسْتَطْرَفًا، وَكَلِمَةً تَدَلُّهُ علَى الْهُدَى، وَأُخرى تَصْرِفُهُ عَنِ الرَّدَى، ورَحْمَةً مُنْتَظَرَةً، وَيَتْرُكُ الذُّنُوبَ حَيَاءً أَوْ خَشْيَةً)). [طب، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6283)].
(Palsu) Daripada al-Hasan RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang sering berulang-alik ke masjid, nescaya dia akan menjumpai saudara yang bermanfaat pada (jalan) Allah, ilmu yang berguna, ucapan yang memandunya kepada hidayah dan satu lagi (ucapan) yang menjauhkannya daripada kebinasaan, rahmat yang menunggunya serta dia meninggalkan dosa kerana malu ataupun takut.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Hibban dalam kitab al-Du'afa' dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6283].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.