Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ بَادَرَ العَاطِسَ بِالحَمْدِ؛ عُوْفِيَ مِنْ وَجَعِ الخَاصِرَةِ، وَلَمْ يَشْتَكِ ضِرْسَهِ أَبَداً.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) ketika dia mendengar orang bersin, maka dia akan diberikan ‘afiyat daripada sakit belakang (badan), serta giginya tidak akan sakit buat selamanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 237, hadis no. 1243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada ‘Ali RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) ketika dia mendengar orang bersin, maka dia akan diberikan ‘afiyat daripada sakit belakang (badan), serta giginya tidak akan sakit buat selamanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6139]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman