Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang sedikit hartanya, ramai tanggungannya, elok solatnya dan tidak mengumpat orang Islam, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan dia bersamaku seperti dua (jari) ini

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَلَّ مَالُهُ، وَكَثُرَ عِيَالُهُ، وَحَسُنَتْ صَلَاتُهُ، وَلَمْ يَغْتَبَّ المُسْلِمِينَ؛ جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَهُوَ مَعِي كَهَاتَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang sedikit hartanya, ramai tanggungannya, elok solatnya dan tidak mengumpat orang Islam, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan dia bersamaku seperti dua (jari) ini.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 329, hadis no. 1730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((من قل ماله، وكثر عياله، وحسنت صلاته، ولم يغتب المسلمين؛ جاء يوم القيامة وهو معي كهاتين)). [الطبراني في ((التهذيب))، ع، الأصبهاني، خط، ((الضعيفة)) (5524)].

(Terlalu Daif) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang sedikit hartanya, ramai tanggungannya, elok solatnya dan tidak mengumpat orang Islam, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan dia bersamaku seperti dua (jari) ini.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Tahzib, Abu Ya‘la dalam al-Musnad, al-Asbahani dalam al-Targhib, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5524].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.