TEKS BAHASA ARAB
حديث: من استوى يوماه فهو مغبون، ومن كان يومه شرا من أمسه فهو ملعون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang sama sahaja hari-harinya, maka dia adalah orang yang terpedaya. Sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka dia terlaknat.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 174, hadis nombor 530. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف إلا في المنام لبعضهم.
Tidak diketahui (hadith ini) melainkan dalam mimpi sebahagian mereka.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.