Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من اسْتَوَى يوماه فَهُوَ مغبون، وَمن كَانَ يَوْمه شرا من أمسه فَهُوَ مَلْعُون.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang sama sahaja hari-harinya, maka dia adalah orang yang terpedaya. Sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka dia terlaknat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 174, hadis no. 530. Dalam mukadimahnya beliau mengatakan bahawa beliau meringkaskan himpunan hadis-hadis yang "dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu". Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف إلا في المنام لبعضهم.
Tidak diketahui (hadis ini) melainkan dalam mimpi sebahagian mereka.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman