Sesiapa yang sakit kepala di jalan Allah kemudian dia mengharapkan pahala

TEKS BAHASA ARAB

من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sakit kepala di jalan Allah kemudian dia mengharapkan pahala, dosanya sebelum itu akan diampunkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis nombor 5179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب. [ش، عبد بن حميد، ابن الفرات في جزئه، البزار، عد، طب، خط، هب، الضعيفة (4615)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sakit kepala di jalan Allah kemudian dia mengharapkan pahala, dosanya sebelum itu akan diampunkan. [Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, 'Abd bin Humaid, Ibn al-Furat dalam Juzu' miliknya, al-Bazzar, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa, al-Tabarani didalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4615]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs