Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang sakit kepala di jalan Allah kemudian dia mengharapkan pahala, dosanya sebelum itu akan diampunkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis no. 5179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب. [ش، عبد بن حميد، ابن الفرات في جزئه، البزار، عد، طب، خط، هب، الضعيفة (4615)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin 'Amr RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sakit kepala di jalan Allah kemudian dia mengharapkan pahala, dosanya sebelum itu akan diampunkan. [Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, 'Abd bin Humaid, Ibn al-Furat dalam Juzu' miliknya, al-Bazzar, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa, al-Tabarani didalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4615]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman