TEKS BAHASA ARAB
حديث: من مشى إلى الطعام لم يدع إليه مشى فاسقا وأكل حراما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang pergi undangan makan yang dia tidak diundang, maka dia berjalan dalam keadaan fasiq dan makan makanan yang haram.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 86, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في المقاصد: ضعيف.
وأخرجه أبو داود بلفظ: من دخل على غير دعوة دخل سارقا وخرج مغيرا وسنده ضعيف.
Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Hadith ini lemah.
Abu Dawud meriwayatkan: Sesiapa yang masuk ke tempat yang tidak diundang maka dia masuk sebagai seorang pencuri dan keluar sebagai seorang penyerang. Dan sanadnya lemah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.