Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang pergi undangan makan yang dia tidak diundang,

Teks Bahasa Arab

حديث: من مشى إلى الطعام لم يدع إليه مشى فاسقا وأكل حراما.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang pergi undangan makan yang dia tidak diundang, maka dia berjalan dalam keadaan fasiq dan makan makanan yang haram.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 86, hadis no. 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: ضعيف. وأخرجه أبو داود بلفظ: من دخل على غير دعوة دخل سارقا وخرج مغيرا وسنده ضعيف.

Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Hadith ini lemah. Abu Dawud meriwayatkan: Sesiapa yang masuk ke tempat yang tidak diundang maka dia masuk sebagai seorang pencuri dan keluar sebagai seorang penyerang. Dan sanadnya lemah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.