Sesiapa yang pergi berjalan kepada seorang lelaki dalam kalangan umatku untuk membunuhnya

TEKS BAHASA ARAB

من مشى إلى رجل من أمتي ليقتله؛ فليقل هكذا فالقاتل في النار، والمقتول في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang pergi berjalan kepada seorang lelaki dalam kalangan umatku untuk membunuhnya, maka katakanlah seperti ini, nescaya orang yang membunuh di neraka, dan orang yang dibunuh di syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 798, hadis nombor 4114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن سميرة، قال:كنت آخذا بيد ابن عمر في طريق من طرق المدينة؛ إذ أتى على رأس منصوب فقال: ‌شقي ‌قاتل هذا! فلما مضى، قال: وما أرى هذا إلا قد شقي؛ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من مشى إلى رجل من أمتي ليقتله؛ فليقل هكذا فالقاتل في النار، والمقتول في الجنة)). [د، حم، ((الضعيفة)) (4664)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Sumairah, beliau berkata: Aku memegang tangan Ibn ‘Umar di salah satu jalan di Madinah, lalu kami terjumpa satu kepala yang telah dipenggal dan berkata: Malanglah pembunuh orang ini! Apabila telah berlalu, beliau berkata: Aku tidak berpandangan orang ini melainkan dia telah sengsara, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang pergi berjalan kepada seorang lelaki dalam kalangan umatku untuk membunuhnya, maka katakanlah seperti ini, nescaya orang yang membunuh di neraka, dan orang yang dibunuh di syurga. [Riwayat Abū Daūd dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4664]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs