Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang pemiutangnya beredar dalam keadaan dia reda

Teks Bahasa Arab

من انصرفَ غريمُهُ وهو راضٍ عنهُ، صلَّت عليهِ دوابُّ الأرضِ، ونونُ الماءِ، ومن انصرفَ غريمُهُ وهو ساخطٌ، كُتِبَ عليهِ في كلِّ يومٍ وليلةٍ وجمعةٍ وشهرٍ ظَلَمَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang pemiutangnya beredar dalam keadaan dia reda kepadanya, maka seluruh haiwan di atas muka bumi akan berselawat kepadanya dan begitulah juga ikan-ikan di dalam air. Dan sesiapa yang pemiutangnya dalam keadaan dia marah kepadanya, maka akan ditulis ke atasnya kezaliman pada setiap hari dan malam, setiap Jumaat, serta setiap bulan.

Sahabat Perawi

  1. Khaulah binti Qais RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis no. 816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن خولة بنت قيس، قالت: قال صلى الله عليه وسلم: من انصرفَ غريمُهُ وهو راضٍ عنهُ، صلَّت عليهِ دوابُّ الأرضِ، ونونُ الماءِ، ومن انصرفَ غريمُهُ وهو ساخطٌ، كُتِبَ عليهِ في كلِّ يومٍ وليلةٍ وجمعةٍ وشهرٍ ظَلَمَ. [طب، ((الضعيفة)) (6647)]

(Munkar) Daripada Khaulah binti Qais, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang pemiutangnya beredar dalam keadaan dia reda kepadanya, maka seluruh haiwan di atas muka bumi akan berselawat kepadanya dan begitulah juga ikan-ikan di dalam air. Dan sesiapa yang pemiutangnya dalam keadaan dia marah kepadanya, maka akan ditulis ke atasnya kezaliman pada setiap hari dan malam, setiap Jumaat, serta setiap bulan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6647]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.