Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ مَنْ كُنَّ فَهُوَ مِنَ الأَبْدالِ الرِّضا بالقَضاءِ والصَّبْرُ عَنْ مَحارِمِ الله والغضَبُ فِي ذَاتِ الله عَزَّ وجَلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang padanya ada tiga perkara, maka dia termasuk golongan Abdal, iaitu redha dengan qada', sabar terhadap perkara yang Allah haramkan dan marah kerana zat Allah 'azzawajalla.
Sahabat Perawi
- Mu'az RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 29, hadis no. 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta. Penulis (al-Suyuti) telah membuang sebahagian ayat iaitu kata-kata: "Maka dia termasuk dalam kalangan Abdal yang mana mereka menjadi tonggak bagi agama dan penganutnya". Ini merupakan suatu perbuataan yang menghairankan daripada penulis (al-Suyuti) dalam membawakan hadith tersebut, kerana jumlah perkataan yang dibuang jelas menampakkan munkarnya. Ia sendiri menunjukkan kepada batilnya hadith tersebut. Saya tidak mengetahui apakah alasan penulis melakukan ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman