TEKS BAHASA ARAB
من ذكرت عنده فلم يصل علي فقد شقي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang namaku disebut di sisinya, namun tidak berselawat ke atasku, maka dia telah celaka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis nombor 5455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من ذكرت عنده فلم يصل علي فقد شقي. [ابن السني في عمل اليوم والليلة، الضعيفة (5223)]
(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, daripada Rasulullah SAW Baginda bersabda: Sesiapa yang namaku disebut di sisinya, namun tidak berselawat ke atasku, maka dia telah celaka. [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5223]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.