Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ ذكرتُ عندهُ فلم يصلِّ عليَّ فقد شقِيَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang namaku disebut di sisinya, namun tidak berselawat ke atasku, maka dia telah celaka.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis no. 5455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من ذكرت عنده فلم يصل علي فقد شقي. [ابن السني في عمل اليوم والليلة، الضعيفة (5223)]
(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, daripada Rasulullah SAW Baginda bersabda: Sesiapa yang namaku disebut di sisinya, namun tidak berselawat ke atasku, maka dia telah celaka. [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5223]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman