Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كَرُمَ أَصْلُهُ، وطاب مَوْلِدُهُ، حَسُنَ مَحْضَرُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mulia asal usulnya dan baik tempat kelahirannya, maka baiklah kehadirannya (pada sesuatu tempat).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis no. 898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: من كرم أصله، وطاب مولده، حسن محضره. [عد، ((الضعيفة)) (841)]
(Batil) Daripada Abu Hurairah - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Sesiapa yang mulia asal usulnya dan baik tempat kelahirannya, maka baiklah kehadirannya (pada sesuatu tempat).” [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 841]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman