Sesiapa yang minum minuman yang memabukkan, apa sahaja (jenisnya), nescaya Allah tidak menerima solat buatnya selama empat puluh hari

TEKS BAHASA ARAB

من شرب مسكرا ما كان، لم يقبل الله له صلاة أربعين يوما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang minum minuman yang memabukkan, apa sahaja (jenisnya), nescaya Allah tidak menerima solat buatnya selama empat puluh hari.

STATUS

Munkar dengan penambahan "apa sahaja"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis nombor 2140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة «ما كان») عن السائب بن يزيد – رضي الله عنه – مرفوعا: «من شرب مسكرا ما كان، لم يقبل الله له صلاة أربعين يوما». [طب، «الضعيفة» (2945)].

(Munkar dengan penambahan "apa sahaja") Daripada al-Sa’ib bin Yazid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang minum minuman yang memabukkan, apa sahaja (jenisnya), nescaya Allah tidak menerima solat buatnya selama empat puluh hari." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Musnad al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2945].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs