Sesiapa yang merindukan syurga, nescaya dia akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات، ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang merindukan syurga, nescaya dia akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, dan sesiapa yang takutkan neraka, nescaya dia lalai daripada (melayan) nafsu syahwatnya. Sesiapa yang menantikan kematian, dia sabarkan diri daripada segala kelazatan. Sesiapa yang sentiasa zuhud di dunia ini, maka musibah jadi ringan ke atasnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis nombor 10223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي –رضي الله عنه- مرفوعا: من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات، ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات.
[حل، خط، تمام، الحلبي في ((حديثه))، الرازي في ((المشيخه))، القضاعي، الأبنوسي في ((الفوائد))، العبدي في ((جزئه))، ابن عساكر، القاسم بن أبي القاسم بن عساكر في ((تعزية المسلم))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4550)]

(Lemah)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang merindukan syurga, nescaya dia akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, dan sesiapa yang takutkan neraka, nescaya dia lalai daripada (melayan) nafsu syahwatnya. Sesiapa yang menantikan kematian, dia sabarkan diri daripada segala kelazatan. Sesiapa yang sentiasa zuhud di dunia ini, maka musibah jadi ringan ke atasnya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Baghdadi, Tammam, al-Halabi dalam Hadithuhu, al-Razi dalam Masyikuhu, al-Quda’i, al-Abnusi dalam al-Fawaid, al-‘Abdi dalam Juziyyah,Ibn ‘Asakir, al-Qasin bin Abu al-Qasim bin ‘Asakir dalam Takziah Muslim, al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4550]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs