Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اشتاق إلى الجنةِ؛ سابَقَ إلى الخيراتِ، ومَنْ أَشفَقَ مِنَ النارِ؛ لَهَا عَنِ الشهواتِ. ومَنْ تَرَقَّبَ الموتَ؛ صَبَر عَنِ اللَّذَّاتِ. ومَنْ زَهَد في الدنيا؛ هانَتْ عليه المُصيباتُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang merindukan syurga, nescaya dia akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, dan sesiapa yang takutkan neraka, nescaya dia lalai daripada (melayan) nafsu syahwatnya. Sesiapa yang menantikan kematian, dia sabarkan diri daripada segala kelazatan. Sesiapa yang sentiasa zuhud di dunia ini, maka musibah jadi ringan ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis no. 10223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات، ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات. [حل، خط، تمام، الحلبي في ((حديثه))، الرازي في ((المشيخه))، القضاعي، الأبنوسي في ((الفوائد))، العبدي في ((جزئه))، ابن عساكر، القاسم بن أبي القاسم بن عساكر في ((تعزية المسلم))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4550)]
(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang merindukan syurga, nescaya dia akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, dan sesiapa yang takutkan neraka, nescaya dia lalai daripada (melayan) nafsu syahwatnya. Sesiapa yang menantikan kematian, dia sabarkan diri daripada segala kelazatan. Sesiapa yang sentiasa zuhud di dunia ini, maka musibah jadi ringan ke atasnya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Baghdadi, Tammam, al-Halabi dalam Hadithuhu, al-Razi dalam Masyikuhu, al-Quda’i, al-Abnusi dalam al-Fawaid, al-‘Abdi dalam Juziyyah,Ibn ‘Asakir, al-Qasin bin Abu al-Qasim bin ‘Asakir dalam Takziah Muslim, al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4550]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman