Sesiapa yang merindui syurga, maka dia mestilah berlumba-lumba ke arah kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات. ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang merindui syurga, maka dia mestilah berlumba-lumba ke arah kebaikan. Sesiapa yang ingin menjauhi dari neraka, maka dia melupakan syahwat. Sesiapa yang mengingati mati, dia akan menjauhi kelazatan dunia. Sesiapa yang zuhud di dunia, maka musibah tidak datang kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668-669, hadis nombor 3450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات. ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات)). [حل، خط، تمام، أبو القاسم الحلبي في ((حديثه)) الرازي في ((المشيخة)) القضاعي في ((مسنده)) الأبنوسي في ((الفوائد))، العبدي في ((جزئه))، ابن عساكر، القاسم بن عساكر في ((تعزية المسلم))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4550)]

(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’: “Sesiapa yang merindui syurga, maka dia mestilah berlumba-lumba ke arah kebaikan. Sesiapa yang ingin menjauhi dari neraka, maka dia melupakan syahwat. Sesiapa yang mengingati mati, dia akan menjauhi kelazatan dunia. Sesiapa yang zuhud di dunia, maka musibah tidak datang kepadanya.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Razi dalam al-Fawaid, Abu al-Qasim al-Halabi dalam Hadisnya, al-Razi dalam al-Masyikhah, al-Qudhai dalam Musnadnya, al-Abnusi dalam al-Fawaid, al-Abdi dalam Juznya, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Qasim bin Asakir dalam Takziah al-Muslim, Al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4550]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs