Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اشتاق إلى الجنةِ ؛ سابَقَ إلى الخيراتِ . ومَنْ أَشفَقَ مِنَ النارِ ؛ لَهَا عَنِ الشهواتِ . ومَنْ تَرَقَّبَ الموتَ ؛ صَبَر عَنِ اللَّذَّاتِ . ومَنْ زَهَد في الدنيا ؛ هانَتْ عليه المُصيباتُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang merindui syurga, maka dia mestilah berlumba-lumba ke arah kebaikan. Sesiapa yang ingin menjauhi dari neraka, maka dia melupakan syahwat. Sesiapa yang mengingati mati, dia akan menjauhi kelazatan dunia. Sesiapa yang zuhud di dunia, maka musibah tidak datang kepadanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668-669, hadis no. 3450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات. ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات)). [حل، خط، تمام، أبو القاسم الحلبي في ((حديثه)) الرازي في ((المشيخة)) القضاعي في ((مسنده)) الأبنوسي في ((الفوائد))، العبدي في ((جزئه))، ابن عساكر، القاسم بن عساكر في ((تعزية المسلم))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4550)]
(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’: “Sesiapa yang merindui syurga, maka dia mestilah berlumba-lumba ke arah kebaikan. Sesiapa yang ingin menjauhi dari neraka, maka dia melupakan syahwat. Sesiapa yang mengingati mati, dia akan menjauhi kelazatan dunia. Sesiapa yang zuhud di dunia, maka musibah tidak datang kepadanya.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Razi dalam al-Fawaid, Abu al-Qasim al-Halabi dalam Hadisnya, al-Razi dalam al-Masyikhah, al-Qudhai dalam Musnadnya, al-Abnusi dalam al-Fawaid, al-Abdi dalam Juznya, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Qasim bin Asakir dalam Takziah al-Muslim, Al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4550]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman