Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تأملَ خَلْقَ امرأةٍ حتى يستبين له حجمُ عظامها من وراءِ ثيابها وهو صائم فقد أفطر.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang merenung wanita sehingga terlihat jelas baginya bentuk tulang wanita itu yang berada di sebalik bajunya, sedangkan dia berpuasa, maka batal puasanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis no. 5869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من تأملَ خَلْقَ امرأةٍ حتى يستبين له حجمُ عظامها من وراءِ ثيابها وهو صائم فقد أفطر. [عد، ابن الجوزي، عبد القادر القرشي في جزء له أسانيده ثمانيات، الضعيفة (6294)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang merenung wanita sehingga terlihat jelas baginya bentuk tulang wanita itu yang berada di sebalik bajunya, sedangkan dia berpuasa, maka batal puasanya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Ibn Jawzi dan ‘Abdul Qadir al-Quraisy dalam Juzu Sanad-Sanadnya Thaminiyyat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6294]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman