TEKS BAHASA ARAB
حديث: من أذل عالما بغير حق أذله الله يوم القيامة على رؤوس الخلائق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang merendahkan martabat orang alim tanpa hak (sebab yang dibenarkan), Allah SWT akan merendahkannya atas pandangan makhluk pada hari kiamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 173, hadis nombor 526. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من نسخة سمعان بن المهدي المكذوبة.
Bersumberkan daripada naskhah Sam’an bin al-Mahdi yang dipalsukan.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.