Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَسِفَ عَلَى دُنْيَا فَأَتَتْهُ اقْتَرَبَ مِنَ النَّارِ مَسِيرَةَ أَلْفِ سَنَةٍ وَمَنْ أَسِفَ عَلَى آخِرَةٍ فَأَتَتْهُ اقْتَرَبَ مِنَ الجَنَّةِ مَسِيرَةَ أَلْفِ سَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang merasa kesedihan terhadap dunia yang hilang darinya, maka dia semakin hampir kepada neraka sejauh perjalanan 1000 tahun. Dan sesiapa yang merasa kesedihan kerana akhirat yang hilang darinya, maka dia makin hampir kepada syurga sejauh perjalanan 1000 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 72, hadis no. 410. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah suatu pendustaan yang bodoh, tidak ada sebab untuk ragu-ragu akan kebatilannya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman