Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang merahsiakan dirinya untuk menikahi wanita daripada ahli Syurga, hendaklah dia menikahi Ummu Aiman

Teks Bahasa Arab

من سرّه أن يتزوَّج امرأةً مِنْ أَهلِ الجِنَّة، فليتزوج أمَّ أيمن.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang merahsiakan dirinya untuk menikahi wanita daripada ahli Syurga, hendaklah dia menikahi Ummu Aiman.

Sahabat Perawi

  1. Sufyan bin Uqbah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis no. 4772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صفيان بن عقبة، قال: كانت أم أيمن تلطف النبي صلى الله عليه وسلم، وتقوم عليه، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من سره أن يتزوج امرأة من أهل الجنة، فليتزوج أم أيمن فتزوجها زيد بن حارثة، فولدت له أسامة بن زيد. [ابن سعد، الضعيفة (2260)].

(Lemah) Diriwayatkan daripada Sufyan bin Uqbah, berkata: Ummu Aiman adalah wanita yang berlemah lembut terhadap Nabi SAW serta selalu mengurus baginda. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang merahsiakan dirinya untuk menikahi wanita daripada ahli Syurga, hendaklah dia menikahi Ummu Aiman”. Oleh itu, Zaid bin Harith menikahinya, maka lahirlah Usamah bin Zaid. [Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2260].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.