Sesiapa yang menziarahiku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من زارني وزار أبي إبراهيم في عام واحد دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menziarahiku dan menziarahi datukku, Ibrahim pada tahun yang sama, dia pasti masuk syurga.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 182, hadis nombor 567. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، لا أصل له، كما قاله النووي في شرح المهذب، وابن تيمية.

Palsu, tiada asalnya seperti dikatakan oleh al-Nawawi di dalam Syarah al-Muhazzab
Juga Ibn Taimiyyah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.