TEKS BAHASA ARAB
من زارني بعد موتي، فكأنما زارني في حياتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menziarahiku selepas kematianku, seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis nombor 3740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن حاطب قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم- : ((من زارني بعد موتي، فكأنما زارني في حياتي)). [قط، ((الضعيفة)) (1021)]
(Batil)
Daripada Hatib berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahiku selepas kematianku, seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1021]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.