Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menziarahiku selepas kematianku

Teks Bahasa Arab

مَن زارَني بعد مَوتي، فكأنَّما زارَني في حياتي.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menziarahiku selepas kematianku, seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup.

Sahabat Perawi

  1. Hatib

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis no. 3740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن حاطب قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : ((من ‌زارني ‌بعد موتي، فكأنما زارني في حياتي)). [قط، ((الضعيفة)) (1021)]

(Batil) Daripada Hatib berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahiku selepas kematianku, seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1021]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.