Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ زارني بالمدينةِ محتسبًا؛ كنتُ لهُ شهيدًا أو شفيعًا يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dengan penuh pengharapan pahala, maka aku menjadi saksi atau pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis no. 3819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه - مرفوعا: «من زارني بالمدينة محتسبا؛ كنتُ له شهيدا أو شفيعا يوم القيامة». [السهمي، «الضعيفة» (4598)].
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dengan penuh pengharapan pahala, maka aku menjadi saksi atau pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat. [Riwayat al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4598].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman