Palsu Tiada Asal Baginya

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menziarahiku dan menziarahi ayahku Ibrahim dalam tahun yang sama maka dia akan memasuki syurga

Teks Bahasa Arab

مَن زارَني وزارَ أبي إبراهيمَ في عامٍ واحدٍ دخلَ الجنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menziarahiku dan menziarahi ayahku Ibrahim dalam tahun yang sama maka dia akan memasuki syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu Tiada Asal Baginya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 728, hadis no. 3713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع لا أصل له) ((من زارني وزار أبي إبراهيم في عام واحد دخل الجنة)). [((الضعيفة)) (46)]

(Palsu Tiada Asal Baginya) Sesiapa yang menziarahiku dan menziarahi ayahku Ibrahim dalam tahun yang sama maka dia akan memasuki syurga. [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 46]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.