TEKS BAHASA ARAB
حديث: من زار العلماء فكأنما زارني، ومن صافح العلماء فكأنما صافحني، ومن جالس العلماء فكأنما جالسني، ومن جالسني في الدنيا أجلس إلي يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang menziarahi ulama, seakan dia menziarahiku, sesiapa yang bersalaman dengan ulama seakan dia bersalaman denganku, sesiapa yang duduk di dalam majlis ulama, seakan dia duduk di dalam majlisku, sesiapa yang duduk dalam majlisku di dunia, maka aku akan duduk (bersamanya) hingga hari Kiamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 183, hadis nombor 568. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده كذاب، قاله في الذيل.
Dalam sanad ini ada perawi kaki dusta, sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zail.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.