Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menziarahi ulama

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من زار الْعلمَاء فَكَأَنَّمَا زارني، وَمن صَافح الْعلمَاء فَكَأَنَّمَا صَافَحَنِي، وَمن جَالس الْعلمَاء فَكَأَنَّمَا جالسني، وَمن جالسني فِي الدُّنْيَا أَجْلِس إِلَيّ يَوْم الْقِيَامَة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang menziarahi ulama, seakan dia menziarahiku, sesiapa yang bersalaman dengan ulama seakan dia bersalaman denganku, sesiapa yang duduk di dalam majlis ulama, seakan dia duduk di dalam majlisku, sesiapa yang duduk dalam majlisku di dunia, maka aku akan duduk (bersamanya) hingga hari Kiamat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 183, hadis no. 568. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده كذاب، قاله في الذيل.

Dalam sanad ini ada perawi kaki dusta, sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zail.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.