Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang beriman, dia memasuki taman syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من زار أخاه المؤمن؛ خاض في رياض الجنة حتى يرجع، ومن عاد أخاه المؤمن؛ خاض في رياض الجنة حتى يرجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang beriman, dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang. Dan sesiapa yang mengunjungi saudaranya yang beriman (ketika dia sakit), maka dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis nombor 1166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زر بن حبيش، قال: أتينا صفوان بن عسال فقال: أزائرين؟ قلنا: نعم. فقال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من زار أخاه المؤمن؛ خاض في رياض الجنة حتى يرجع، ومن عاد أخاه المؤمن؛ خاض في رياض الجنة حتى يرجع)). [طب، ((الضعيفة)) (5388)]

(Sangat Lemah)
Daripad Zirr bin Hubaisy, beliau berkata: Kami telah datang kepada Safwan bin ‘Assal, lalu beliau berkata: Adakah kamu semua datang untuk ziarah? Kami menjawab: Ya, benar. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang beriman, dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang. Dan sesiapa yang mengunjungi saudaranya yang beriman (ketika dia sakit), maka dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5388]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.