Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang beriman, dia memasuki taman syurga

Teks Bahasa Arab

مَن زارَ أخاهُ المُؤْمِنَ؛ خاضَ في رياضِ الجنَّةِ حتَّى يرجِعَ، ومَن عادَ أخاهُ المُؤْمِنَ، خاضَ في رياضِ الجنَّةِ حتَّى يرجِعَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang beriman, dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang. Dan sesiapa yang mengunjungi saudaranya yang beriman (ketika dia sakit), maka dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang.

Sahabat Perawi

  1. Zirr bin Hubaisy

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis no. 1166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زر بن حبيش، قال: أتينا صفوان بن عسال فقال: أزائرين؟ قلنا: نعم. فقال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من زار أخاه المؤمن؛ خاض في رياض الجنة حتى يرجع، ومن عاد أخاه المؤمن؛ خاض في رياض الجنة حتى يرجع)). [طب، ((الضعيفة)) (5388)]

(Terlalu Daif) Daripad Zirr bin Hubaisy, beliau berkata: Kami telah datang kepada Safwan bin ‘Assal, lalu beliau berkata: Adakah kamu semua datang untuk ziarah? Kami menjawab: Ya, benar. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang beriman, dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang. Dan sesiapa yang mengunjungi saudaranya yang beriman (ketika dia sakit), maka dia memasuki taman syurga sehinggalah dia pulang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5388]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.