TEKS BAHASA ARAB
من عاد مريضا وجلس عنده ساعة؛ أجرى الله له عمل ألف سنة لا يعصي الله فيها طرفة عين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menziarahi orang sakit dan duduk di sisinya seketika, maka Allah akan mengalirkan baginya amalan selama seribu tahun yang mana dia tidak bermaksiat kepada Allah padanya walau sekelip mata.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis nombor 448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: من عاد مريضاً وجلس عنده ساعة؛ أجرى الله له عمل ألف سنة لا يعصي الله فيها طرفة عين.
[ابن أبي الدنيا في ((الكفارات))، حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4999)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menziarahi orang sakit dan duduk di sisinya seketika, maka Allah akan mengalirkan baginya amalan selama seribu tahun yang mana dia tidak bermaksiat kepada Allah padanya walau sekelip mata.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Al-Kaffārāt, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan juga Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4999]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.