Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menziarahi kuburku maka wajib baginya Syafaatku

Teks Bahasa Arab

حديث: من زار قبري وجبت له شفاعتي

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang menziarahi kuburku maka wajib baginya Syafaatku

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 117, hadis no. 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: إن ابن خزيمة أشار إلى تضعيفه. ورواه البيهقي بلفظ: كمن زارني فِي حَيَاتِي وَضَعَّفَهُ وَقَالَ: إِنَّ طُرُقَهُ كُلَّهَاَ لَيِّنَةٌ لَكِنْ يُقَوِّي بَعْضُهَا بَعْضًا . وَرَوَى: مَنْ زَارَ قَبْرِي كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا مَنْ زارني زار أَبِي إِبْرَاهِيمَ فِي عَامٍ وَاحِدٍ دخل الجنة. قَالَ ابْنُ تَيْمِيَّةَ وَالنَّوَوِيُّ: إِنَّهُ مَوْضُوعٌ لا أَصْلَ لَهُ. قَالَ السُّيُوطِيُّ فِي الذَّيْلِ: وَكَذَا مَا رَوَى بِلَفْظِ: مَنْ لَمْ يَزُرْنِي فَقَدْ جَفَانِي. قَالَ الصَّغَانِيُّ هُوَ مَوْضُوعٌ وَكَذَا بِلَفْظِ: مَنْ حَجَّ وَلَمْ يَزُرْنِي فَقَدْ جَفَانِي. فَإِنَّهُ قَالَ الصَّغَانِيُّ أَيْضًا هُوَ مَوْضُوعٌ. وَكَذَا قَالَ الزَّرْكَشِيُّ وَابْنُ الْجَوْزِيِّ.

Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Sesungguhnya Ibn Huzaimah mengisyaratkan kedhaifan hadith ini. Al-Baihaqi meriwayatkan dengan lafaz ini: seperti sesiapa yang menziarahiku ketika hidupku, beliau menilai hadith ini dhaif. Beliau juga berkata: semua jalan periwayatan hadith ini daif tetapi menjadi penguat kepada sebahagian yang lain. al-Baihaqi turut meriwayatkan: Sesiapa yang menziarahi kuburku aku akan memberikannya syafaat, sesiapa yang menziarahiku dan bapaku Ibrahim pada tahun yang sama akan masuk syurga. Ibn Tamiyyah dan al-Nawawi berkata: Hadith ini palsu dan tidak ada asalnya Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: demikian juga apa yang beliau riwayatkan dengan lafaz: sesiapa yang tidak menziarahiku maka dia mengabaikanku Al-Saghani berkata: Hadith ini palsu demikian juga dengan lafaz : sesiapa yang melakukan haji, tidak menziarahiku maka dia telah mengabaikanku . Sesungguhnya hadith ini dinilai palsu oleh al-Saghani demikian juga al-Zarkasyi dan Ibn al-Jauzi turut menilainya sebagai palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.